SELAMAT DATANG


1

Pembangunan Kg. Ladang (Video)


Kampung Ladang, Kuala Terengganu merupakan salah satu kawasan yang dahulunya terkenal dengan pembikinan tembaga. Pada era 80-an, 95% daripada penduduk kawasan tersebut menjalankan kegiatan pembuatan tembaga dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama mereka.

Namun, apabila zaman kian berubah mengikut peredaran masa. Teknologi juga berubah. Transformasi dalam pembangunan menyebabkan Kampung Ladang ini  mula dibangunkan oleh kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Dato' Ahmad bin Said. Video ini merupakan satu pengenalan untuk pembangunan Kampung Ladang.



1

Teori Perubahan Sosial (Ibn Khaldun)



Nama Ibn Khaldun sudah tidak asing lagi dalam dunia sosiologi. Tidak dapat dinafikan juga, ibn Khaldun memang telah meninggalkan impak yang besar terhadap pembangunan masyarakat, seperti yang terkandung dalam disiplin Sosiologi. Sebahagian besar daripada sarjana moden termasuklah sarjana dari barat mengakui ketokohan Ibn Khaldun dalam bidang Sosiologi.

Ibn Khaldun sering dikaitkan sebagai pengasas utama ilmu Sosiologi yang mengkaji struktur sosial di dalam sesebuah masyarakat. Tambahan pula, dalam banyak hal ketokohannya telah disamakan dengan Ibn Rushd, yang telah membawa paradigma pemikiran saintifik untuk ilmu berkaitan Sains dan Teknologi moden yang mempengaruhi perkembangan Renaissance di dalam masyarakat Barat (Hassan Ahmad 2006).

Merujuk khusus kepada teori perubahan sosial, Ibn Khaldun telah memperkenalkan beberapa teori besar ( Grand Theory ) antaranya adalah :

1. Teori yang menegaskan masyarakat sebagai suatu organisme yang bersifat hidup, mempunyai potensi untuk berubah dan berkembang maju seandainya perancangan pembangunan yang rapi dan tersusun dapat dilakukan.

2. Teori tentang jatuh dan bangun sesuatu tamadun manusia, dilihat dari segi usia sesuatu tamadun dan faktor-faktor yang menyumbang ke arah kecemerlangan dan kemunduran sesuatu tamadun.

3. Teori tentang proses pembangunan sesuatu tamadun bergantung kepada nisbah perpaduan sejati di dalam masyarakat berasaskan kepada gabungan antara semangat asabiyyah dan agama.

4. Kepentingan diwujudkan perancangan pembangunan yang bersifat bersepadu, di antara elemen fizikal dan spiritual.

5. Teori jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah, yang kebiasaannya akan menganggap kuasa penjajah sebagai suatu bangsa yang maju dan agung.

6. Kepentingan ilmu sejarah untuk umat manusia, yang merangkumi persoalan manafaat dan disiplin yang harus dijaga oleh seseorang ahli sejarah.

7. Kepentingan diwujudkan kaedah penyelidikan sosiologi, demi untuk membantu sarjana Islam menajamkan daya artikulasi mereka terhadap permasalahan ummah Islam.

RUJUKAN :
Mohamad Kamil Abd Majid. Rahimin Affandi Abd Rahim (2009). Perubahan Sosial & Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun. Jurnal Hadhari Bil 1. 45-76.
3

Salam Perkenalan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

KUKUBIEMA.BLOGSPOT ini merupakan sebuah blog yang baru sahaja dibuat untuk menceritakan kepada pembaca tentang pembangunan dan perubahan sosial masyarakat di sesebuah kawasan. 

Memandangkan ini merupakan entry yang pertama, kami mengucapkan TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melapangkan masa untuk berkunjung melawati blog ini. Insya' Allah blog ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Harap pembaca sabar menunggu.

Semoga ILMU yang bakal dikongsi dalam blog ini memberikan manfaat kepada kita semua. Salam perkenalan dari kami...WARGA....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meooww