SELAMAT DATANG


Showing posts with label Kampung Ladang. Show all posts
Showing posts with label Kampung Ladang. Show all posts
3

Kampung Ladang (Dahulu & Sekarang)


Lokasinya terletak di kawasan Kuala Terengganu, dahulu Kampung Ladang merupakan sebuah kawasan yang amat aktif dalam aktiviti pembuatan tembaga. Kampung Ladang ini terbahagi kepada beberapa ladang dan terdapat nama yang tersendiri antaranya ialah Ladang Sihat, Ladang Sekolah, Ladang Mengabang, Ladang Tok Pelam dan banyak lagi. Dikatakan 95% penduduknya dahulu menjadikan aktiviti pembuatan tembaga sebagai sumber utama pendapatan mereka. 



Pembangunan demi pembangunan yang telah berlaku di kawasan Kampung Ladang ini telah memanggil kami 'Krew Kukubiema' untuk meneroka dan mengkaji tentang perubahan pembangunan dan sosial dalam kalangan penduduk di kawasan tersebut. Kami telah pergi ke Pangsapuri Ladang Gemilang untuk mencari maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan perubahan sosial masyarakat di kawasan tersebut. Di sana kami telah menemubual pengerusi JKK, Encin Wan Ahmad bersama isterinya Salbiah yang mesra dengan panggilan Kak Sal.

 Pengerusi JKK, En. wan Ahmad

Puan Salbiah ( Kak Sal )



Hasil temubual kami mendapati terdapat beberapa perubahan yang telah berlaku selepas pembangunan dijalankan yang telah kami bahagikan kepada beberapa aspek :


(Pembaca boleh 'KLIK' pada point di atas untuk ke pautan berkaitan dengan aspek yang telah dibahagikan.)

~ Sekian ~

0

Perubahan Sosial Kg. Ladang (Dahulu & Sekarang)


Sosial


Menemubual Penduduk sekitar Pangsapuri

Aktiviti-aktiviti yang melibatkan penduduk Kampung Ladang Sudah lama diamalkan sejak dahulu lagi sebelum pembangunan berlaku. Aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri-kendara, rumah terbuka menjelang perayaan, sambutan Maulidur rasul dan sambutan yang lain ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain dalam kalangan penduduk Kampung Ladang.


Setelah pembangunan berlaku, semangat kemasyarakatan ini masih wujud dalam jiwa setiap penduduk di Pangsapuri Ladang Gemilang ini. Bahkan semangat tersebut semakin kuat dan membuak-buak. Hal ini diterangkan sendiri oleh pengerusi JKK kawasan tersebut iaitu Encik wan Ahmad. Mereka telah merangka program-program yang melibatkan orang ramai seperti aktiviti gotong-royong dan beberapa aktiviti yang lain. Dengan adanya aktiviti seperti ini mampu untuk menguatkan lagi perpaduan dalam kalangan mereka dan membuang persepsi buruk orang luar terhadap mereka.


Menurut En. Wan Ahmad, keseluruhan daripada penduduk di pangsapuri tersebut masyarakat Melayu. Tidak ada kaum lain yang tinggal di Pangsapuri Ladang Gemilang kecuali kaum Melayu walaupun ada dari kaum-kaum yang lain mengisi borang untuk menetap di pangsapuri tersebut. 

Pautan Lain :
(Pembaca boleh 'KLIK' pada point di atas untuk ke pautan berkaitan dengan aspek yang telah dibahagikan.)

~ Sekian ~
0

Ekonomi Penduduk Kg. Ladang (Dahulu & Sekarang)


Ekonomi

Ekonomi utama penduduk Kg. Ladang dahulunya mereka banyak menjalankan aktiviti pembuatan tembaga dan mengutip hasil laut / nelayan. Namun, kegiatan ekonomi ini kian berubah dari semasa ke semasa disebabkan oleh perubahan dan pembangunan yang berlaku di kawasan penempatan Kg. Ladang itu sendiri. 

Terdapat banyak pembinaan yang dibina di penempatan Kg. Ladang seperti pembinaan hotel, rumah penginapan, motel, tempat-tempat pelancongan, pejabat-pejabat kerajaan, perkhidmatan, hospital, bangunan-bangunan kedai dan sebagainya. Disebabkan oleh pembangunan tersebut maka berlaku perpindahan kegiatan ekonomi penduduk seperti kebanyakan daripada mereka tidak lagi menjalankan aktiviti pembuatan tembaga dan nelayan sebaliknya mereka bekerja di sektor lain seperti dalam sektor pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. 

Hanya segelintir sahaja penduduk yang masih lagi menjalankan kegiatan ekonomi terdahulu, itu pun hanya orang lama dan 5-6 orang yang masih ke laut bekerja sebagai nelayan. Manakala sebahagian besarnya telah bertukar kepada kegiatan ekonomi yang lain.

Pautan Lain :

\(Pembaca boleh 'KLIK' pada point di atas untuk ke pautan berkaitan dengan aspek yang telah dibahagikan.)

~ Sekian ~
0

Infrastruktur Kg. Ladang (Dahulu & Sekarang)


Infrastruktur

Kalau dahulu, penduduk di kawasan ini tinggal di kawasan kampung. Kebanyakan rumah mereka terdiri daripada rumah kayu dan kedudukan antara rumah tersebut adalah rapat. Pada waktu tersebut, tiada pembangunan yang berlaku di Kampung Ladang. Kebanyakan daripada penduduk di kawasan tersebut bekerja sebagai nelayan dan menjalankan aktiviti pembuatan tembaga. Apabila banjir berlaku, air akan mula melimpah ke kawasan kampung tersebut sehingga penduduk terpaksa meredah banjir semata-mata untuk mencari rezeki.

Pangsapuri Ladang Gemilang

Namun setelah pembangunan mula berlaku, kawasan kampung tersebut dirobohkan dan telah dibina pangsapuri khas untuk penduduk Kampung Ladang dan seterusnya menaik taraf kehidupan penduduk tersebut. Pangsapuri Ladang Gemilang merupakan sebuah pangsapuri yang telah dibina khusus untuk penduduk di Kampung Ladang. Dibahagikan kepada dua blok iaitu apartmen kategori mewah dan murah. Terdapat sebelas tingkat untuk apartmen kategori mewah dan 16 tingkat bagi kategori apartmen murah. Sewa untuk sebuah apartmen mewah adalah sebanyak RM 850 dan RM 300 untuk sebuah rumah apartmen murah. Dalam setiap sebuah rumah apartmen, terdapat empat buah bilik dan tiga bilik air manakala bagi sebuah rumah apartmen murah terdapat tiga buah bilik dan dua bilik air.

Kawasan sekitar

Para penduduk dikawasan tersebut berhak untuk memilih kediaman mana yang mereka inginkan samada apartmen mewah ataupun murah mengikut kemampuan masing-masing. Jumlah keseluruhan penduduk yang tinggal di kedua-dua buah apartmen adalah seramai 2000 orang dan keseluruhan daripada penduduk adalah dalam kalangan orang Melayu. Di setiap aras apartmen mewah terdapat empat buah rumah dimana hanya empat buah keluarga sahaja di setiap aras dan bagi apartmen murah di setiap aras tingkat terdapat dua belas rumah dimana dua belas keluarga tinggal disetiap aras.

 Kawasan Pangsapuri
 Surau Berdekatan Pangsapuri

Terdapat banyak kemudahan yang disediakan kepada penduduk yang tinggal di kampung ini. Antaranya ialah terdapat sebuah pejabat yang digunakan ketika ingin melakukan aktiviti masyarakat. Kedudukan pejabat ini adalah ditingkat satu dan ketika aktiviti dijalankan semua penduduk akan datang untuk memeriahkan lagi aktiviti yang dijalankan disamping untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara satu sama lain. Kedudukan yang strategik iaitu terletak dikawasan bandar juga memudahkan pihak ambulan ataupun bomba untuk datang sekiranya terdapat masalah kecemasan yang memerlukan pertolongan segera. Berbeza dengan penempatan dikampung dahulu dimana tidak terdapat kemudahan yang disediakan seperti tinggal dikawasan bandar. Ambulans atau Bomba sukar untuk masuk ke penempatan mereka yang lama.


Pautan Lain :

(Pembaca boleh 'KLIK' pada point di atas untuk ke pautan berkaitan dengan aspek yang telah dibahagikan.)

~ Sekian ~
1

Pembangunan Kg. Ladang (Video)


Kampung Ladang, Kuala Terengganu merupakan salah satu kawasan yang dahulunya terkenal dengan pembikinan tembaga. Pada era 80-an, 95% daripada penduduk kawasan tersebut menjalankan kegiatan pembuatan tembaga dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama mereka.

Namun, apabila zaman kian berubah mengikut peredaran masa. Teknologi juga berubah. Transformasi dalam pembangunan menyebabkan Kampung Ladang ini  mula dibangunkan oleh kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Dato' Ahmad bin Said. Video ini merupakan satu pengenalan untuk pembangunan Kampung Ladang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meooww