SELAMAT DATANG


Infrastruktur Kg. Ladang (Dahulu & Sekarang)


Infrastruktur

Kalau dahulu, penduduk di kawasan ini tinggal di kawasan kampung. Kebanyakan rumah mereka terdiri daripada rumah kayu dan kedudukan antara rumah tersebut adalah rapat. Pada waktu tersebut, tiada pembangunan yang berlaku di Kampung Ladang. Kebanyakan daripada penduduk di kawasan tersebut bekerja sebagai nelayan dan menjalankan aktiviti pembuatan tembaga. Apabila banjir berlaku, air akan mula melimpah ke kawasan kampung tersebut sehingga penduduk terpaksa meredah banjir semata-mata untuk mencari rezeki.

Pangsapuri Ladang Gemilang

Namun setelah pembangunan mula berlaku, kawasan kampung tersebut dirobohkan dan telah dibina pangsapuri khas untuk penduduk Kampung Ladang dan seterusnya menaik taraf kehidupan penduduk tersebut. Pangsapuri Ladang Gemilang merupakan sebuah pangsapuri yang telah dibina khusus untuk penduduk di Kampung Ladang. Dibahagikan kepada dua blok iaitu apartmen kategori mewah dan murah. Terdapat sebelas tingkat untuk apartmen kategori mewah dan 16 tingkat bagi kategori apartmen murah. Sewa untuk sebuah apartmen mewah adalah sebanyak RM 850 dan RM 300 untuk sebuah rumah apartmen murah. Dalam setiap sebuah rumah apartmen, terdapat empat buah bilik dan tiga bilik air manakala bagi sebuah rumah apartmen murah terdapat tiga buah bilik dan dua bilik air.

Kawasan sekitar

Para penduduk dikawasan tersebut berhak untuk memilih kediaman mana yang mereka inginkan samada apartmen mewah ataupun murah mengikut kemampuan masing-masing. Jumlah keseluruhan penduduk yang tinggal di kedua-dua buah apartmen adalah seramai 2000 orang dan keseluruhan daripada penduduk adalah dalam kalangan orang Melayu. Di setiap aras apartmen mewah terdapat empat buah rumah dimana hanya empat buah keluarga sahaja di setiap aras dan bagi apartmen murah di setiap aras tingkat terdapat dua belas rumah dimana dua belas keluarga tinggal disetiap aras.

 Kawasan Pangsapuri
 Surau Berdekatan Pangsapuri

Terdapat banyak kemudahan yang disediakan kepada penduduk yang tinggal di kampung ini. Antaranya ialah terdapat sebuah pejabat yang digunakan ketika ingin melakukan aktiviti masyarakat. Kedudukan pejabat ini adalah ditingkat satu dan ketika aktiviti dijalankan semua penduduk akan datang untuk memeriahkan lagi aktiviti yang dijalankan disamping untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara satu sama lain. Kedudukan yang strategik iaitu terletak dikawasan bandar juga memudahkan pihak ambulan ataupun bomba untuk datang sekiranya terdapat masalah kecemasan yang memerlukan pertolongan segera. Berbeza dengan penempatan dikampung dahulu dimana tidak terdapat kemudahan yang disediakan seperti tinggal dikawasan bandar. Ambulans atau Bomba sukar untuk masuk ke penempatan mereka yang lama.


Pautan Lain :

(Pembaca boleh 'KLIK' pada point di atas untuk ke pautan berkaitan dengan aspek yang telah dibahagikan.)

~ Sekian ~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meooww