SELAMAT DATANG


Aplikasi Teori Sistem Dunia


Pembangunan setempat di kawasan pengerang dengan wujudnya RAPID.

Sebagai pengenalan suka utk kami jelaskan dahulu apakah dia tu RAPID. RAPID ialah singkatan daripada Petronas' Refinery & Petrochemical Integrated Development. Projek ini pada mulanya telah dibangunkan dengan usahasama syarikat petroleum tempatan iaitu Petronas dan juga syarikat dari Jerman iaitu BASF, namun atas kepentingan bersama mereka telah membatalkan HoA atau perjanjian induk bagi projek ini. Oleh yang demikian projek ini diusahakan oleh Petronas sendiri  Projek yang menelan belanja sebanyak RM60 bilion telah di bangunkan dikawasan pesisir pantai di selatan johor yang juga merangkumi beberapa buah kampung seperti Kampung Sungai Kapal, Tg. Datuk, Punggai, Sungai Rengit dan beberapa kawasan Pengerang sendiri. Untuk pengetahuan semua juga, projek ini adalah di bawah Projek Transfomasi Ekonomi. (ETP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia.


Ni ade sedikit peta supaya lebih jelas lg bayangan kita..




Apa pula halnya dengan Teori Sistem Dunia???

Menurut Immanuel Wallerstein iaitu pencetusnya dalam The Modern World-System: Capitalist Agriculture and the Origins of the European World-economy in the Sixteenth Century (1974), teori ini menjelaskan bahawa wujudnya sebuah entity atau dalam rujukan ia menamakan dengan negara yang mana dalam setiap persekitan di dunia ini telibat dalam system yang secara sedar atau tidak kita telah bertindak balas dengannya. Perkara ini didatangkan lagi dengan wujudnya apa yang dinamakan oleh wallerstein sebagai Negara Teras dan juga Negara Pinggiran. Tidak lupa juga di tengah – tengah Negara tersebut adalah Negara semi Pinggiran. Ketiga-tiga entiti ini sering bergantung antra satu sama lain. Pergantungan yang berlaku itu adalah untuk mengekalkan serta membangunkan kejayaan dan juga matlamat yang ingin dicapai bagi mendapatkan kejayaan dalam perlumbaan masing2. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai teori ini rasanya telah dijelaskan seblum ni kan..? haha.

So, pe yang boleh dikaitkan antara pojek nim dengan teori ni? Ok, pada pandangan kami selaku pelajar yang baru berjinak-jinak dengan ilmu ni ialah kaitan projek ini dengan kawasan sekelilingnya iaitu perkara ini dapat kita juruskan kedalam sebuah konsep system yang dijlaskan oleh Wallerstein tadi iaitu Negara pusat atau teras,Negara semi pinggiran, dan Negara pinggiran. Oleh itu kita padankan senario ini. Negara teras dalam konteks keadaan ini ialah RAPID, Negara semi Pinggiran ialah pekerja RAPID dan Negara Pinggiran ialah kawasan Pengerang itu sendiri.

Maka, apabila situasi ini telah kita selaraskan dengan teori ini,dengan itu segala perubahan yang terjadi adalah tindak balas daripada sistem yang wujud itu. Pihak RAPID sendiri sebagai Negara teras mempunyai elemen pergantungan yang sangat tinggi terhadap pelbagai perkara seperti sumber bahan mentah, tenaga kerja, kewangan, dan pelbagai lagi. Konsep pergantungan ini sememangnya tidak boleh lari daripada teori Sistem ini. Selain itu, pergantungan yang dimaksudkan ini adalah untuk kelansungan hidup RAPID sebagai sebuah entiti yang paling maju di dalam sebuah kawasan yang membangun. Manakala bagi Negara pinggiran pula, kawasan Pengerang adalah sesuatu yang relevan yang dapat diketengahkan. Hal ini kerana kebergantungan kwasan pengerang sebagai sebuah kawasan yang boleh dikatakan mempunyai aliran ekonomi dan sosiobudayanya yang perlahan merupakan salah satu faktor penyebabnya. Oleh itu dengan wujudnya Negara teras iaitu RAPID di dalam kawasan Pengerang itu menyebabkan berlaku tindakbalas dalam kwasan itu. Tindak balas yang dimaksudkan adalah kebergantungan tadi. Perkara yang manjadi asas kepada pergantungan tadi ialah ekonomi setempat dan juga sosiobudaya setempat yang mula berubah. Sebagai contoh aktiviti ekonomi masyarakat setempat yang dahulunya majority sebagai nelayan kini telah berubah sama sekali seperti menjadi seorng peniaga, pemandu lori dan juga pekerja kilang. Kenapa perubahan itu berlaku?? Hal ini kerana wujudnya peluang pekerjaan baru yang ditawarkan oleh RAPID yang mana ia juga adalah pergantungan yang jelas dapt ditonjolkan oleh kedua-dua Negara teras dan pinggiran ini. Pergantungan yang diamalkan oleh Negara pinggiran ialah untuk melansungkan kehidupan seharian mereka, kerana jika pergantungan tersebut gagal dilakukan, mungkin kehidupan mereka akan terjejas. Contohnya peniaga makanan di kawasan sekeliling RAPID yang terdiri daripada penduduk kampung akan mensasarkan jualan mereka kepada pekerja RAPID sebagai pelanggan tetap mereka. Begitu juga dengan kehadiran Negara semi pinggiran yang mana ianya terdiri daripada pekerja RAPID itu sendiri. Hal ini kerana cirri-ciri semi pinggiran ialah sesuatu yang memerlukan kedua-dua Negara teras dan juga pinggiran utk mencapai matlamatnya.

Oleh yang demikian apabila berada di dalam aliran system teori ini, mereka tidak dapat lari daripada cirri-ciri teori yang lainnya seperti teori pergantungan, teori medenisasi dan juga berlaku juga konstruksi social dalam kalangan masyarakat tempatan. Hal ini dapat dihuraikan apabila dengan berlakunya perubahan fizikal kawasan setempat yang mana ianya mencorak kepada tingkahlaku masyarakat tempatan. Melalui fasa permodenan, kawasan setempat di ubahsuai fizikalnya dengan menambah infrastruktur tertentu. Perkara ini juga membari kesan kepada alam sekitar umumnya yang juga akan berlaku kesan jangka panjang yang lain. Perubahan ini sedikit demi sedikt akan turut akan mengubah tingkah laku masyarakat tempatan disitu. Contohnya dengan membuat jalan raya yang lebih besar dilengkapi dengan pembahagi jalan, lampu isyrat, lampu jalan, jejambat dan sebagainya telah menyebabkan msayrakat tempatan berasa segan untuk menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dan berisar- siar di sekeliling kampung seperti dulu. Selain itu berlaku juga konstruksi social dari segi aktiviti ekonomi dalam kalangan penduduk temptan. Pada masa akan datang, aktiviti menangkap ikan tidak lagi menjadi budaya mereka kerana rata-rata penduduk telah bekerja sebagai pekerja RAPID. Maka perubahan itu akan berlaku dan menyebabkan generasi akan datang tidak jelas dengan budaya asal mereka. 

Perubahan dan pembagunan yang berlaku ini amat bermakna kerana ianya dapat menilai keberhasilan terhadap apa yang dijalankan oleh pihak tertentu yang bermatlamatkan untuk memajukan masyarakat setempat. Oleh itu kesan jangka masa panjang dan pendek juga harus difikirkan bagi melahirkan sebuah masyrakat yang berjaya. Cewahh..!!

Rujukan :



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meooww