SELAMAT DATANG


Teori Sistem Dunia


Assalamualaikum para pembaca sekalian,

Setelah sekian lama menyepi, kali ini kami Kukubiema's Crew ingin membawa anda untuk mengenali satu teori yang diberi nama 'Teori  Sistem Dunia'. Dalam masa yang sama juga, kami akan berikan kepada anda contoh bagaimana teori ini akan diaplikasikan dalam situasi yang akan kami berikan nanti. Dengan contoh situasi tersebut, kami berharap anda akan faham apakah yang dimaksudkan dengan Teori Sistem Dunia.



Teori Sistem Dunia 


Teori ini merupakan hasil idea daripada seorang tokoh sosiologi yang bernama Immanual Wallenstein dalam karyanya yang berjudul The Modern World-System: Capitalist Agriculture and the Origins of the European World-economy in the Sixteenth Century (1974)
yang memberikan sumbangan besar kepada pemikiran terkini tentang perihal globalisasi. Dalam teori ini, Wallenstein telah membahagikan sistem dunia kepada 2 bahagian iaitu PUSAT(SENTRAL) dan PINGGIRAN. Dalam sistem ini, menunjukkan bahawa negara-negara pinggiran bergantung kepada negara pusat . Ini adalah kerana negara pusat dalam sistem dunia merupakan pengeluar dalam dunia industri. Manakala negara pinggiran bertidak sebagai penyumbang bahan-bahan mentah bagi negara pusat.

Di antara pusat dan pinggiran tersebut terdapat negara-negara semi-pinggiran yang menggabungkan beberapa ciri yang dimiliki negara-negara pusat dan pinggiran. Oleh itu, untuk setakat ini apa yang kita perlu faham adalah dalam teori sistam dunia ini terdapat 3 entiti utama yang penting iaitu :

  1. Negara Pusat (Sentral).
  2. Negara Semi - Pinggiran.
  3. Negara Pinggiran.
Baik, jadi boleh kita ke bahagian seterusnya? Boleh kan? Anda sudah faham betul tak? Kalau masih belum faham, anda boleh ulang baca sebelum ke peringkat seterusnya.

Ketiga-tiga bentuk negara tersebut terlibat dalam sebuah hubungan yang baik secara ekonominya dan kesemuanya adalah bertujuan untuk menuju kepada pembentukan Negara Pusat (Sentral) yang baik dari aspek ekonominya. Perubahan status negara pinggiran menuju negara semi pinggiran ditentukan oleh keberhasilan negara pinggiran melaksanakan salah satu atau kombinasi dari strategi pembangunan, aitu strategi menangkap dan memanfaatkan peluang, strategi promosi dan strategi berdikari. Manakala, negara semi - pinggiran menuju negara sentral bergantung pada kemampuan negara tersebut melakukan perluasan pasar serta introduksi teknologi modern. 

Jika kita lihat kembali, entiti di atas saling bergantung antara satu sama lain seperti dari aspek sumber dan pengeluarannya. Teori sistem Dunia ini juga boleh dikaitkan dengan Teori Kebergantungan yang dipelopori oleh Andre Gunder Frank. Negara semi pinggiran yang disampaikan oleh Wallerstein ini merupakan sebuah pelengkap dari konsep SENTRAL dan PINGGIRAN yang disampaikan oleh Teori Kebergantungan.

Untuk melihat bagaimana kami aplikasikan teori ini, anda boleh klik pada pautan di bawah.


1 comments:

Unknown said...

blog saya x ada ke? cemburunye melihat blog2 lain yg kamu promosikan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meooww